Thursday, August 4, 2011

Snooze Button is a very powerful enemy. You guys should know.

Salam 1 Ramadhan semua.

Kenapa nak ada 1 Ramadhan? takpela, dengan cara tu, kita boleh juga mengajak orang bukan Islam pon turut sama dalam aktiviti puasa ni, tak gitu?

Aku tulis blog ni dalam keadaan aku tak bangun sahur pagi tadi dan juga perut aku memulas-mulas teruk. Aku tak tau la aku makan mentibang laut kot masa berbuka, tu yang sakit². Nak buat kerja lain pon tak boleh, nasib boleh tulis blog ;)

Produktiviti kerja aku time bulan puasa ni susut teruk. Bukan lah aku nak salah kan bulan ramadhan, tapi itu lah kenyataannya. Pagi
² masuk kerja, mood rajin tu ada lagi, tapi bila masuk pukul 10 pagi dan ke atas, sifat malas tu datang membuak². Mula lah terus stop buat kerja, buat kerja² tak berapa nak berfaedah. Silap² aku boleh sampai Alamanda dengan secara tiba². Hebat kan?

Kat sini aku nak buat pesanan ramadhan, tak lebih dari tazkirah atau kuliah ramadhan. Kepada bapa
² dan juga dewasa² di luar sana, bawak² la bertaubat, tak kan nak suruh puasa pun susah. Bukan suruh keluarkan duit sejuta pun. Setakat tahan rokok untuk jangka masa 13 jam, tak menyebabkan kau kena epilepsi mahupun angin ahmar. Takde lagi dalam sejarah orang mati kerana berpuasa. Masa macam ni la paling sesuai untuk mengurangkan tabiat merokok ni. Kan? Wah² kau pandai² je nak nasihat orang kan, macam bagus je.

Ini untuk ingatan untuk diri aku sendiri dan ju
ga untuk kawan². Sharing is caring *typical advice* *Gambar Ihsan dari Pakcik Google*

Sekian,
Kilafairy