Thursday, September 29, 2011

Aku Suku Abad..

Tanggal 15hb Oktober 2011, aku dah hidup kat dunia ni suku abad, bermakna dah 25 tahun aku berada di bumi Allah yang maha esa.. aku bersyukur sebab dapat lagi bernafas di bumi ni, dapat lagi menghirup udara segar di bumi Malaysia ni dan juga dapat merasa nikmat² dunia yang penuh dengan agenda²nya yang tersendiri..

Thank you so much to my parents and family, BFF, close friends and you guys for wishing my birthday.. Semoga Allah sahaja yang membalas jasa dan juga budi baik tuan² dan puan².. aku tak memerlukan sangat pon hadiah yang mahal2, tapi kalau nak bagi pon apa salahnya kan? kan?

Aku hanya perlukan kesihatan yang baik, rezeki yang halal dan mewah, mendapat pekerjaan yang bagus dan tetap, dikelilingi dengan kawan² yang tak cerewet, tak suka tikam kawan dari belakang dan ada ketika susah dan senang.. tapi tak semua yang kita nak tu dapat, sekurang-kurangnya kita berusaha, dah berusaha jangan lupa untuk berdoa dan juga tawakal.. insyAllah ada kemudahan yang akan diberikan.. Amin..

Entri pasal trip ke Sabah will update soon.. banyak gambar
² yang menarik nak aku kongsikan..

Sekian,
Neelofa