Scene 1
time ni aku form berapa aku tak berapa nak ingat la, tapi yang pasti aku dah berakhil baligh sebab berupaya untuk berfikir secara waras dan dapat membezakan Nicole Kidman tu lebih cantik dari Hetty Koes Endang.. masa ni budak2 tempat aku tengah gila main mercun plug.. cara nak buat dia, payah sikit aku nak terangkan, mau raya ke-6 baru abes.. mmm, cuba korang google la.. tak pun try tengok kat putusjari.blogspot.com.. aku cakap cuba sahaja okay, ada ke tak aku tak berani nak cakap..
okay, kembali kepada topik asal.. mercun ni asalnya kena pakai belerang bunga api untuk meletupkan & effect dia confirm melambung plug tu tinggi 3 kali tiang lampu jalan.. tapi since bunga api time tu mahal (yela orang kampung, takde duit nak beli), kitaorang try inisiatif lain, pakai mancis plak (pakai belerang depan batang mancis).. hasilnya boleh tahanla, tapi effect dia takdela macam effect bunga api sebab belerang dia tak berapa kuat, tapi cukup untuk buat mercun plug ni meletup..
nak dijadikan cerita, adalah 1 malam ni, aku main mercun plug ni dengan abang & member aku sorang.. time tu kitaorang pakai belerang bunga api (aku lupa mana bunga api tu datang).. so, macam biasa, isi belerang dalam plug tu, adjust2 sikit kedudukan plug & baling.. "pommm" (lebih kurang macam tu la bunyi effect dia).. wooooohhh, semua orang teruja! member & abang aku pon try plug diorang & effect dia pon gempak.. pastu turn aku plak try, "pommm".. melambung tinggi plug aku time tu memang tak hengat.. aku pon tengoklah mana pergi sebab mercun aku tadi tiba2 tak turun2.. aku bajet mercun aku tersangkut kat tiang lampu ke, atau kat pokok krismas makcik sebelah rumah aku.. tiba2 jek, "tuppp" (bunyi bila benda keras jatuh atas ubun2 kepala).. aku rasa ada benda yang keras, tumpul dicampur dengan belerang bunga api jatuh kat kepala aku.. time tu aku rasa nikmat macam makan kuih Almond London .. at the same time aku rasa kepala aku panas, darah mengalir rupanya.. fuhhh, best giler ar time tu.. lama tak rasa sakit macam ni..
Scene 2
Masa ni plak sesi bermain meriam tanah.. kerja aku tukang isi kabaid, isi air & tutup muncung meriam dengan kain.. tukang cucuh api cousin aku..
Adalah sekali tu, lepas aku dah isi kabaid semua, aku duduk kat depan muncung meriam sebab nak tutup dengan kain.. time tu plak cousin aku lupa nak pasang api kat hujung buluh untuk nak cucuh kat lubang meriam.. so, aku kena la duduk kat depan muncung meriam sebab nak jaga kain tu.. tiba2 plak ada member aku sorang ni on lighter betul kat tepi meriam tu.. time tu gak asap kabaid tiba2 kena kat api lighter member aku tadi, "vubbbbbb".. api meriam tu sambar betul2 depan muka aku.. feel kali kedua aku rasa lepas kena mercun plug hari tu.. aku rasa muka aku tiba2 pedih.. kening, bulu mata & rambut kat bahagian depan aku rasa macam nipis jek..
Lepas dari kedua2 scene tu, aku still main lagi dengan mercun plug & meriam tanah, tapi lebih sifat berhati2.. yela, time dulu2 mana ada facebook, YM, PSP.. semua benda kena DIY..
Sekian,
Almy Nadia
Almy Nadia
2 comments:
rindu lak aku mau main mercun.. klu dulu siap buat war game lg time org dok smayang terawikh.haha.. main pkai mercun ketupat, telur ngan mercun botol..plg cikai pun pkai mercun mancis pegi attack 'musuh2' aku..melompat beb mercun masuk dlm kain pelikat.haha
tu la pasal, citer masa kecik2 best bangat..
hahaha..
Post a Comment