Thursday, September 29, 2011

Aku Suku Abad..

Tanggal 15hb Oktober 2011, aku dah hidup kat dunia ni suku abad, bermakna dah 25 tahun aku berada di bumi Allah yang maha esa.. aku bersyukur sebab dapat lagi bernafas di bumi ni, dapat lagi menghirup udara segar di bumi Malaysia ni dan juga dapat merasa nikmat² dunia yang penuh dengan agenda²nya yang tersendiri..

Thank you so much to my parents and family, BFF, close friends and you guys for wishing my birthday.. Semoga Allah sahaja yang membalas jasa dan juga budi baik tuan² dan puan².. aku tak memerlukan sangat pon hadiah yang mahal2, tapi kalau nak bagi pon apa salahnya kan? kan?

Aku hanya perlukan kesihatan yang baik, rezeki yang halal dan mewah, mendapat pekerjaan yang bagus dan tetap, dikelilingi dengan kawan² yang tak cerewet, tak suka tikam kawan dari belakang dan ada ketika susah dan senang.. tapi tak semua yang kita nak tu dapat, sekurang-kurangnya kita berusaha, dah berusaha jangan lupa untuk berdoa dan juga tawakal.. insyAllah ada kemudahan yang akan diberikan.. Amin..

Entri pasal trip ke Sabah will update soon.. banyak gambar
² yang menarik nak aku kongsikan..

Sekian,
Neelofa



Thursday, August 4, 2011

Snooze Button is a very powerful enemy. You guys should know.

Salam 1 Ramadhan semua.

Kenapa nak ada 1 Ramadhan? takpela, dengan cara tu, kita boleh juga mengajak orang bukan Islam pon turut sama dalam aktiviti puasa ni, tak gitu?

Aku tulis blog ni dalam keadaan aku tak bangun sahur pagi tadi dan juga perut aku memulas-mulas teruk. Aku tak tau la aku makan mentibang laut kot masa berbuka, tu yang sakit². Nak buat kerja lain pon tak boleh, nasib boleh tulis blog ;)

Produktiviti kerja aku time bulan puasa ni susut teruk. Bukan lah aku nak salah kan bulan ramadhan, tapi itu lah kenyataannya. Pagi
² masuk kerja, mood rajin tu ada lagi, tapi bila masuk pukul 10 pagi dan ke atas, sifat malas tu datang membuak². Mula lah terus stop buat kerja, buat kerja² tak berapa nak berfaedah. Silap² aku boleh sampai Alamanda dengan secara tiba². Hebat kan?

Kat sini aku nak buat pesanan ramadhan, tak lebih dari tazkirah atau kuliah ramadhan. Kepada bapa
² dan juga dewasa² di luar sana, bawak² la bertaubat, tak kan nak suruh puasa pun susah. Bukan suruh keluarkan duit sejuta pun. Setakat tahan rokok untuk jangka masa 13 jam, tak menyebabkan kau kena epilepsi mahupun angin ahmar. Takde lagi dalam sejarah orang mati kerana berpuasa. Masa macam ni la paling sesuai untuk mengurangkan tabiat merokok ni. Kan? Wah² kau pandai² je nak nasihat orang kan, macam bagus je.

Ini untuk ingatan untuk diri aku sendiri dan ju
ga untuk kawan². Sharing is caring *typical advice* *Gambar Ihsan dari Pakcik Google*

Sekian,
Kilafairy

Thursday, June 9, 2011

Ampa jangan dok Loklak!

Salam 1 Malaysia..

KeBUSYan betul bila kau dah kerja kat Kementerian Belia & Sukan ni kan.. tak sempat dah nak update blog bagai.. sampai kalau boleh nak tunjukkan busy kau tu macam nak makan pon kat dalam toilet la senang cerita..

Busy tu memang la busy sebab weekend pon kadang² kau kena kerja sebab dah nama pon kau jaga bahagian belia.. belia² kan cuti sabtu dengan ahad je.. time weekend jela sesuai nak buat program untuk diorang.. mula² tu memang tak boleh blah sangat la, yela time weekend jela kau nak rehat, nak dating.. tapi lama² aku dah biasa dah dengan culture macam ni.. best pon best sebab semua program kau pergi FOC.. bulan Julai ni kalau nama aku tersenarai, aku join scuba diving.. scuba ni kalau buat kat luar mau beribu kau kena bayar, tapi sebab kau kerja KBS, benda² ni semua FOC..

Dah
², aku nak buat kerja, nak buat² busy.. nanti orang cakap kerja gomen ni makan gaji buta plak.. diorang dengki tu tak dapat kerja macam aku..

kthanxbai!

Sekian,
Najwa Latiff

Tuesday, February 22, 2011

Serius, ni betul² serius. Aku lupa klik Publish Post hari tu.

Weekend baru² ni aku mengembara ke utara tanah air, mengembara dengan tujuan dan bukannya membawa diri naik scrambler macam Azroy tu.. Busit!

Aku pergi menghantar cikgu baru, cikgu MRSM yang kena posting di hujung perak dan laluan yang sama juga boleh pergi Kelantan, Thailand dan juga Kedah.. 3 tempat sekali langsam kau boleh pergi..

Ni 1st time aku sampai ke tempat tu, kira hulu sikit la, hulu banyak sebenarnya.. MRSM tu baru je beroperasi since 2008.. tempat pon still fresh lagi, tak banyak penempatan berdekatan.. alhamdulillah, rezeki beliau untuk jadi cikgu dan lepas ni insyAllah rezeki aku plak.. semua tu kuasa Allah..

Entry kali ni banyak memaparkan sikap rendah diri dan juga keperibadian aku yang soleh (tangan kat dada, mata ke atas)..

Kredit kat Dion dan Family sebab sudi tumpangkan rumah dia untuk 1 malam.. sempoi betul Encik Ruhuton Aabid tu.. tak lupa pada WaniTab sebab jadi pemandu ke 2..

Sekian,
Siti Saleha

Thursday, February 10, 2011

Tersyasyul..

Korang pernah menghadapi situasi bila mana tengah korang syok berborak, korang tiba² tersasul.. contoh macam seramai jadi seriamai, laju jadi jalu, parking jadi f**king.. lebih kurang macam tu la bunyi dia... situasi macam ni sangat jengkel lebih² lagi kalau kena kat batang hidung sendiri.. mana taknye, kawan² yang hidup segan mati tak mau ni mesti gelak kan kau kaw² punya, kan?

Dulu masa aku kat U, budak² kelas aku memang suka pasal benda² tak berfaedah ni tapi bila kawan² aku kena, benda ni tiba² jadi berfaedah untuk aku gelak.. pantang tersasul sikit, kawan² gelak sampai pencen korang akan ingat.. dekan fakulti aku pon kena gelak sebab tersasul time bagi lecture, tapi aku cover² gelak sebab takut dismiss secara tiba²..

Ada 1 benda bila aku ingat balik memang aku gelak sorang².. member aku tersasul cakap ulat gonggok jadi ulat longgok..

Kah Kah Kah..

Sekian,
Puteri Lily

Tuesday, February 8, 2011

Kekayaan datang sepantas kilat..

Have you ever experienced with the stupid MLM scheme? aku pernah.. dan aku memang bengang + rasa nak terajang teloq mamat tu + dapat tumbuk rusuk dia pon jadi lah..

Cerita dia bila kau dah kerja best, maksud aku kau dah stabil dalam financial kau.. contohnya target orang² MLM ni ialah pekerja GOMEN la senang cerita sebab ko boleh buat loan dengan cepat dan pantas.. I really piss off at that time.. mana taknya cara penipuan dia sangat licik..

He was my primary school mate.. sekarang kerja dia MA (medical assistant).. masa hari kejadian aku kat Seremban, masih dalam kontrak mengajar.. boleh tak dia ni yang aku rasa hampir 10 tahun tak pernah keep in touch dengan aku dengan secara tiba² boleh call aku.. aku memang tak syak apa² sebab, yela kawan sekolah rendah kau call.. dia ajak lepak & untuk tidak membuang masa, dia ajak teman untuk pergi KLCC untuk beli baju..

Mula² aku taknak pergi sebab aku kena setelkan majalah sekolah before school holidays begin.. tapi atas desakan serta pujukrayu licik beliau buatkan aku tak sampai hati.. kitaorang terus shot ke KL lepas maghrib.. kenapa aku cakap dia licik? sebab masa dalam perjalanan ke KL tu la baru dia buka cerita pasal part-time side income.. tangan aku yang sememangnya di lahirkan tersedia ada berbulu aku rasa bertambah² bulu dia 10 kali ganda..

Sampai je tempat kejadian, hati aku dah panas gila, panas sangat macam api neraka (selingan supaya nampak macam panas tak hengat).. bila aku masuk je dewan tu, orang dia punya la ramai.. dalam hati aku, rata² penduduk Malaysia ni semua nak kaya cepat dengan usaha yang seciput macam ni.. aku terpaksa la dengar dengan hati yang mendidih ni.. nasib Miss BlackBerry aku ada, boleh gua main FB dengan Twitter.. belum sempat habis ceramah motibasi yang ntah apa² tu, aku terus blah..

Aku dah sememangnya malas nak cerita pasal skim ni lagi, buat aku teringat kat mamat tu balik dan nak rasa cari dia bagi penerajang je sekali.. aku sebenarnya tak salahkan pon benda² MLM ni.. kalau korang nak buat, teruskan usaha murni korang tu, tapi jangan nak libatkan aku, aku memang tak suka buat kerja² yang nak yakinkan orang, pujukrayu orang, cerita pumpang cakap masuk benda ni 2-3 tahun lagi ko dah bole pakai Bugatti Veyron.. lepas tu dengan cara kotor plak tu nak ajak aku, menipu lagi.. ciss, memang lepas ni aku rasa ko dapat hasil dari MLM ko tu haram la jawabnya.. aku rasa la..

Haa, nasib baik ada berita baik aku dapat 2 hari lepas, dah aku tak jadi ingat balik benda² tak berfaedah ni..

Sekian,
Daphne Iking