Tuesday, November 23, 2010

The chemistry is bittersweet.. Am I right?

Yuhuuu.. ceh kau tajuk nak macam orang putih tapi bila speaking tunggang-langgang..

Bermulalah episod sedih, eh episod gembira lah pandai² jek kau ni.. sebab apa, sebab musim cuti sekolah lah.. budak² cuti, cikgu pon cuti dan aku pon sibuk nak bercuti tapi part yang paling kesyahduan adalah gaji kau senantiasa berjalan dalam ATM machine.. best kan? sebulan lebih tu, bukannya sehari dua.. tak tergambar melalui kata² mahupun perbuatan.. kau boleh tidur tak hengat dunia pasni tanpa perlu memikirkan tak tanda buku latihan, buku kedatangan nak kena isi dan closing bila akhir bulan, buat soalan exam, buat kerja² yang memang bukan kerja kau tapi disuruh sebab kau ni GSTT jek..

Tapi takpe, aku sebenarnya enjoy kerja kat sekolah yang aku mengajar sekarang ni.. bila kau enjoy, so kau buat kerja pon seronok, cepat si
ap dan tak mudah tertangguh.. betul kan? ceh mengada² plak kau nak jadi cikgu kaunseling..

Dah², cukup²lah kau merapu tu .. kepada pelajar UiTM yang berkenaan, selamat bergaduasi kepada kalian.. semoga dapat kerja yang halal.. Amin..


Sekian,
Najwa

Wednesday, August 25, 2010

Cikgu Kelabu..

Hayati betul2 tajuk di atas.. lama dah aku tak balik ke Kampung Seri Blog ni sejak dah mula bekerja sebagai pendidik.. bukan la takde masa, ada jek, tapi masa2 yang banyak ni digunakan untuk tidur, kalau yang kerja gomen tu masa2 yang terluang digunakan untuk berfesbuk, betul tak?

Sekarang aku kerja sebagai cikgu kat Labu, N. Sembilan.. aku jadi GSTT (sila google kalau tak tau) kat sini sejak pertengahan bulan 6 haritu.. macam2 benda jadi sejak hampir 4 bulan setengah aku jadi cikgu ni.. perangai murid2 kat sini jangan cakaplah, sukar di gambarkan dengan kata2.. mentaliti orang kampung/estate.. belajar pandai2 pon buat apa.. lebih kurang macam tu lah diorang punya objektif..

Dah, bila aku balik ke rumah, aku memang malas nak cerita pasal sekolah.. buang boreh yo!

Ni aku kepilkan bersama gambar2 konvo yang aku peram hampir setengah tahun..
Cekidaut!
kodie dalam kenangan, terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk snap gambar..

Sekian,
Mira Tilu

Tuesday, May 25, 2010

Konvokesyenisasi The Don..

Ahad haritu, 23hb Mei 2010 aku konvo kat Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam.. aku sesi pagi, sidang ke 5.. best gakla sebab dapat jumpa kawan2 kelas dulu.. ada yang dah kahwin, ada yang makin chubby, ada yang dah tukar pasangan, dari bertudung ke free hair & sebaliknya.. macam2 lah, sampai semua orang nak ambil gambar dengan aku.. haishh, pelik betul.. tapi ada gak yang tak dapat konvo sebab ada yang kena pergi interview at the same day, same time.. kesian diorang tu, tapi nak buat cam mana kan.. nanti sem depan ko tumpanglah junior2 konvo okay, boleh juga..

Terima Kasih daun keladi kat Mak, Abah, Nor, My Beloved kerana sudi datang.. Kodie dengan Nobit sebab sudi snap gambar2 aku time tu.. macam paparazi siot diorang, siap nyorok kat pokok bunga, kat tepi dinding, kat dalam longkang.. eh, dalam longkang tu selingan sahaja..

Kepada kawan yang wish tu, terima kasih daun keladi ya..
p/s: gambar2 konvo akan di upload entri seterusnya..

Sekian,
Adira AF8

Tuesday, May 11, 2010

Polis Entri..

Sekarang ni kalau petang jek mesti hujan kan.. tu la, orang cakap hujan tu rahmat.. okay ke intro aku macam tu? tak pon aku mula dengan puisi..

"di suatu keheningan malam yang lembap dek embun,
terlihat satu kelibat bayang2 tanpa seurat benang.."

menarik bukan? aku dalam perancangan mengumpul idea untuk berpuisi dengan kata2 yang puitis.. tapi aku tiada bakat sebenarnya.. takpela, kita abaikan jela benda ni okay..


Selamat pengantin baru untuk Afiq & Nisrina.. moga dipanjang umur, di mewahkan rezeki & kekal hingga akhir hayat.. Amin..

Sekian,
Adamaya

Sunday, April 18, 2010

Tunnel memory..

Lama dah tak mengadap blog ni.. lupa & hilang ingatan yang aku ada blog.. entri kali ni adalah gabungan (macam lagu Adam & Stacy, bergabung, meletop! Ah ah ah) bulan Mac + April.. dan ni lah hasilnya.. tengok gambar di bawah.. abaikan warna kulit.. ya, aku gelap, aku taw.. tapi hari tu aku jumpa Shemale, sebijik muka macam Scha Al-Yahya.. siap ada boobs lagi tu.. giler! rasa macam nak ngurat jek.. eh, ni kenapa masuk cerita pondan plak ni..

Okay, masuk cerita entri bulan Mac + April.. tengok jela gambar kat bawah ni.. part yang paling best, masa mandi.. fuhhh, syahdu.. macam makan ayam goreng siap ada bulu2 ayam sikit.. tak tergambar melalui kata2.. seminggu lebih plak tu.. tapak tangan aku jadi lembut sikit jek dari berus sabut..
Esok tengahari nak balik kampung la.. serabut kepala hotak.. macam2 dugaan jadi ni.. mungkin berjumpa dengan pengarang jantung buahtangankakisiku si Nur Safi Adilah dengan Nur Safi Alesya boleh mengurangkan bebanan kot.. di tambah dengan mee kari Hajah Hamidah dengan kejutan Subuh oleh Haji Hamdan (VVIP package)..

Sekian,
Halimah jongang

Tuesday, February 23, 2010

Lima puluh em em..








kerja makin lama makin stress.. haishh..

kerja jaga tandas stress tak?

Sekian,
Raja Farah

Saturday, February 13, 2010

Cantik sikit..





Hasil kapsi semasa bersama-sama..

Kepada umat Islam seluruhnya, sila jauhkan diri anda dari perkara2 maksiat.. haram sambut 'Valentine Day' wooo..

Baik kita makan cendol lagi ada baiknya..

Sekian,
Farah Alya