Friday, July 31, 2009

Hot Stuff..

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya dapat gak aku beli jersi Man Utd.. ya, jersi Man Utd, bukan jersi liverFOOL, arSENGAL mahu pun chelSHIT! kenapa, korang tak percaya ke? takpe, kat bawah ni aku sertakan bukti2 yang boleh di anggap kukuh oleh mata kasar.. kalau tak percaya gak, datang jumpa aku sendiri.. ada faham? bagus.. dan aku juga dapat kotak limited edition sekali beb.. first come first served..

p/s: dan aku akan cop baju ni dengan nama Micheal Carrick, 16.. jangan sesiapa berani untuk cuba2 letak nama & nombor ni okay..

Sekian,
Misha Omar

Thursday, July 23, 2009

Obladi Oblada

Hari ini aku kerja half day.. bukannya aku ni pekerja yang tak dedikasi dengan kerja, tapi aku hanyala seorang pelajar praktikal sahaja yang harus berjumpa dengan supervisor untuk melaksanakan thesis.. dan buat pertama kalinya, punch card aku tadi ada merah.. demm! aku 'terbangun' lambat.. handset aku tiba2 tak berbunyi.. aku sedar pon sebab bunyi ringtone machine gun housemate aku.. gila kuat bunyi dia.. annoying!

Dan aku sudah ada buyer untuk DSLR aku.. yayy!

Sekian,
Nasha Aziz

Thesis = Testis..

Entri ni ditulis semasa aku sedang mengantok, mengantok semasa key in data.. tak best dowh buat kerja2 ni.. cuba bagi aku kerja yang aktif sikit, macam fotostat sambil boleh main bola ke, faks sambil boleh juggle bola takraw ke.. dan takde kena mengena dengan tajuk diatas kerana tajuk itu diberi oleh Kevin akibat kesalahan grammar beliau semasa menyebut word thesis.. harap maklum..

Dan sekarang aku tengah dalam proses untuk menjual kamera DSLR aku D60.. sapa mau?

Sekian,
Alya

Monday, July 20, 2009

Moving in, moving out..

According to research in the Journal of Family Psychology - Couples living together before marrying have a higher chance of getting divorced than those who wait until they were engaged or married.. sumber ni aku dapat dari newspaper The Sun.. ni tazkirah aku untuk hari ini.. ;p

Banyak benda yang aku nak citer since aku dah sampai Shah Alam 2 minggu lebih dah, tapi di sebabkan internet kat rumah aku macam haram dan juga broadband aku yang sangat2 lembap, malas aku nak update blog.. ni aku dapat pon pakai komputer office, pinjam Cik Sue punye.. haha..

Sekarang aku dah tak duduk kat Apartment Brunsfield lagi sebab ada housemates aku dah praktikal lain2 tempat.. so kitaorang decide untuk keluar la.. almost 1 year and half la kitaorang tinggal kat sana.. macam2 benda best dan juga tak best jadi kat sana.. pasni dah jarang la makan kat mamak bawah rumah, Jalani Cafe.. Bihun Kungfu dia masyuk dowh.. haha.. housemates aku yang dulu - Jinggo (sebulan jek), Boboy, Bayau, Ewan, Botak, Pok Din, Lan, Pecho (1 sem jek), Apis (1 sem gak) dan Bulah (sekarang housemate aku lagi.. haha)..

Sekarang aku stay kat flat seksyen 7, blok 56.. okay la dari Pusat Commercial yang tak berapa nak commercial tu.. haha.. yela, tempat dia pack gila, kalah Bukit Bintang.. and then aku sekarang dah start practical training kat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.. agak best la tempat ni.. pergi kursus semua nya free.. hari tu baru jek pergi kursus asas kayak - Star One.. lepas tu kursus asas Jetski.. gila best, first time aku naik benda alah tu.. excited! and event terbaru hari tu, Karnival Kecergasan peringkat Negeri Selangor.. aku kena handle bahagian futsal.. pon best gak la, organizer merangkap peserta.. haha.. petang kol 3 terus gerak pergi Bukit Jalil tengok Man Utd vs Malaysia.. hari Jumaat sebelumnya pergi Shout Awards, dapat tiket free kan..

Banyak benda happen since aku dah kat Shah Alam ni yang tak sempat aku nak kongsi.. Jumaat, Sabtu and Ahad ni kena pergi Perak, ada sukan tradisional.. tapi aku macam malas nak pergi, nak rest la beb..


Sekian,
Ella

Friday, July 3, 2009

Rockets..

Yayy! finally, dapat gak aku tengok movie Transformer.. gila, first time aku tengok movie sampai 2 jam setengah.. nasib jela aku tak tertidur..

Ni TZM baru gua.. ya, gua bohong.. bukan ape, aku agak berbulu la tengok orang kerja kontrak yang tengah renovate rumah aku pakai TZM..

Dan aku lupa, yang si pemakai ini adalah taukey.. taukey mestila mempunyai wang yang banyak.. ya, aku salah..

Sekian,
Adibah Noor

Wednesday, July 1, 2009

Songkok Haji versi Transformer

Demm la, aku tak tengok lagi Transformer.. ketinggalan ke aku ni?


p/s: ni bentuk baju raya aku untuk tahun ni.. any idea? aku nak kena pakai songkok haji ke atau songkok biasa?

Sekian,
Nora Zain