Tuesday, December 29, 2009

Ceritera baru dan juga baru dan lagi baru..

Semua orang bercerita pasal azam tahun baru.. tapi kenapa tak buat masa awal muharam haritu? aku patutnya memang nak post masa awal muharam haritu, tapi lupa klik publish post.. sumpah, aku tipu..

ni 1st time dalam hidup aku, aku men'list'kan azam tahun baru sebab sebelum ni kalau ada pon, macam tak wujud sebab tak pernah untuk dilaksanakan.. korang pon sama kan, jangan tak mengaku plak..

Ini merupakan secara kasar sahaja azam tahun baru..

1. Nak jadi orang yang berguna pada mak & abah.

2. Nak cari kerja yang halal.

3. Tak mau untuk melengah-lengahkan waktu solat.

4. Nak cari duit banyak2 (boleh kahwin cepat.. yeah!).

Aku rasa ni jela dulu azam tahun baru aku dan seterusnya.. 4 pon cukuplah, kalau banyak sangat pon bukannya buat betul2, kan? yang di atas ni merupakan target aku untuk masa hadapan..

Anda pula bagaimana?

Sekian,
Sharifah Aleya

Saturday, December 19, 2009

Mereka bahagia setiap masa..

Salam 1 Malaysia kawan2..

Semalam aku baru balik dari JB, pergi kenduri kahwin kawa lama semasa belajar di UiTM Samarahan, Sarawak.. Tahniah kepada Fitri & Surya Hani.. tidak lupa juga kepada pasangan Mahdi & Syida, classmate aku masa kat UiTM Shah Alam, selamat diijabkabul pada bulan 10 haritu.. Semoga dipanjangkan umur, dipermudahkan rezeki, cepat dapat anak & kekal hingga akhir hayat..

terima kasih daun keladi kat Luth sebab bagi tinggal semalaman kat rumah dia.. 1st time tidur rumah anak pengetua..

tadi pergi kenduri kahwin anak angkat parents aku kat Melaka.. tengah makan, tiba2 ada sorang atuk ni, pertengahan 60 an, boleh buka cerita pasal pemanasan global.. pelik? sambung plak kawan dia lagi sorang, dia cakap, " bini Tiger Woods ada beli rumah (somewhere kat Jerman kot) dan rumah tu dalam kawasan hutan.. bini TW tak tebas pon hutan2 tu & semak2 yang ada sebab untuk mengurangkan pemanasan global ni"..

patutlah line streamyx kat area rumah aku ni tak berapa bagus.. golongan2 atuk kita sekarang ni dah pandai surf internet, google la aku rasa.. *sigh*..

Sekian,
Ummi Nazeera

Friday, December 4, 2009

Bangat yang teramat sangat..

Selama 2 minggu dah aku jadi Babysitter.. sangat memenatkan + best + kadang2 tak larat nak layan.. tapi she still toddler, memerlukan perhatian dari Uncle dia yang kacak ni..

hari tu ada aku tengok Youtube, pasal pukul orang la ni.. ada juga manusia yang tak berhati perut.. suka sangat dengan keganasan.. kalau orang tu buat salah pon, setakat curi baja, tak payahla kau nak belasah dia sampai separa mati.. siap kelar tangan orang tu.. kau ingat kau sape nak buat undang2 sendiri? kau tengok la nanti nasib anak bini kau..

baru beberapa hari ni aku tidur pakai selimut.. benda yang jarang aku buat sebelum ni.. oh lupa plak, bilik aku dah pasang aircond.. sejuk!

minggu depan aku nak pergi Shah Alam, cari kerja.. mencuba nasib sahaja..

petang nanti sambung jadi Babysitter balik.. penat nak melayan budak2.. macam mana la nasib aku kalau dah ada anak sendiri kan.. haishh..

p/s: pasal cerita aircond tadi cuma rekaan semata2 sahaja.. jeles dengan bilik kakak & parents aku baru pasang aircond.. cisss!

Sekian,
Manohara