Friday, August 28, 2009

Yusuf Taiyoob..

pagi tadi aku bagun sahur pukul 5.06 am (mengikut jam handphone aku)..

5.06 am: jam handphone aku berbunyi.. aku kejut Lah (roomate aku).. aku cakap ngan dia, jom sahur kat Medan (tempat makan kt seksyen 7).. takde respon.. Lah cakap, "kita sahur kurma dengan air jela?".. aku boleh jek, sebab mata memang rabak gila, tak boleh nak buka.. aku makan kurma 2 biji dan 3 teguk air mineral.. kurma tu aku dapat free masa bacaan yasin kat ofis.. brand apa aku tak sure, tapi bungkusan kotak dia sebiji macam kurma Yusuf Taiyoob..

5.24 am: aku rasa mengantok.. aku decide untuk tidur jap, 5.38 am aku nak bangun minum air lagi sebab waktu imsak pukul 5.42 am..

5.54 am: aku tersedar, azan subuh berkumandang.. tiba2 mulut aku rasa manis, hasil tinggalan kurma tadi.. haishh..
batal ke puasa aku?

Sekian,
Vanidah Imran

Wednesday, August 26, 2009

Sungkey..

entri kali ni kita belajar bahasa melayu Sarawak..

sungkey = berbuka..

semalam aku pergi pasar ramadhan kat depan UNISEL dengan Khai..
menu aku semalam: ayam percik (sedap, tahap agak mahal), roti john (pon sedap gak, harga berpatutan) dan air keladi (tak sedap langsung, rasa gula jek lebih)..

pelik aku, time krisis gula ni pon penjual air ni boleh jual air dengan manisan yang lebih.. aku rasa penjual air ni kot antara orang2 yang bertindak menyorokkan gula pasir seluruh Malaysia?

ini hanya pendapat dan andaian aku sahaja.. bukan niat untuk menuduh sesiapa di bulan puasa ni..

Sekian,
Rita Rudaini

Friday, August 21, 2009

Tak kira tua atau muda..

Hari ini merupakan hari paling rugi bagi aku.. mana taknya, terlepas aku nak makan nasi lemak free kat office.. ni semua pasal nak collect data pagi tadi.. haish, aku tengok dia punye ikan bilis + kacang je dah 1 mangkuk besar.. puas untuk aku tak makan sampai malam.. haishh..

Takpe, hari ni aku balik Muar dan juga akan bersahur dan berbuka di sana.. semua adik-beradik aku balik.. yeah! mee kari akan menjadi menu untuk aku berbuka pada keesokan hari..

p/s: kepada kaum muslimin dan muslimat, ini kamera terbaru aku..

Sekian,
Fauziah Ahmad Daud

Tuesday, August 4, 2009

Island In The Sun..

Haish, tiba2 plak aku rasa rindu kat parents aku.. ini disebabkan time lunch tadi aku cuba untuk menukar selera supaya tak makan nasi.. so aku decide pergi makan kt PKNS, Restoran FC.. masuk jek kedai tu, mata aku terpandang mee kari.. aku pon order la dengan air sirap bandung.. bila makanan tiba jek, aku rasa sangatla tak best mee kari tu.. tiba-tiba aku teringat mee kari mak aku - kuah penuh dengan daging dan kerang, tauhu dan ditambah plak dengan kasih sayang seorang ibu.. ciss, tak boleh jadi ni.. sebelum puasa nanti aku kena balik rumah gak.. tapi aku tak boleh nak janji, kerja aku tersangatla banyak.. thesis aku tak gerak satu apa pon lagi.. data pon tak collect lagi.. haishhhhh..
Sekian,
Zarina AF2