Sunday, November 29, 2009

Hot Demm! Prosperity burger 1.. sangat mengidam..

Semalam lepas tengok bola Portsmouth vs Man Utd (tak sia2 aku letak Rooney captain), aku pergi bandar Muar jap nak cari burger sebab dah pukul 1 pagi.. kat area rumah aku time2 macam ni dah tutup, area2 town jek buka lagi.. aku pergi dengan adik aku..

masa on the way, aku lalu la satu jalan shortcut ni, tiba2 kereta aku tak boleh nak jalan sebab ada 1 kereta ni boleh plak block jalan shortcut tu.. manusia jenis apa aku pon tak tau la.. macam baru dapat lesen 3 hari lepas jek.. so, aku hon la.. no respons.. lepas tu, ada sorang brother ni nampak, dia cakap tunggu jap sebab dia nak panggil owner kereta tu, owner tu singgah kat 7 eleven..

after a few minute, brother tu pon keluar la.. nasib dia angkat tangan tanda sorry la tu agaknya.. dalam hati aku dah sumpah seranah ni.. aku cakapla, kalau kereta Bentley or Porsche takpela.. ni kereta Mazda ntah zaman batu ke apa dia pakai.. okay fine, tak baik untuk kita mengutuk orang.. banyakkan bersabar.. so, brother tu pon alihkan kereta dia.. aku cakap ngan adik aku, duduk jek Muar, tapi b*****g.. bila aku tengok no flat dia, NS 1**1..

tiada komentar untuk orang2 nogori di sini yea..

Sekian,
Nur Kasih

Friday, November 20, 2009

At the end of the day..

ALHAMDULILLAH..

that is the suitable word that should I said at this moment..

Sekian,
Elly Mazlin

Friday, November 13, 2009

Entri yang paling membosankan..

Hari tu aku sms kawan aku.. "wei, jom futsal?".. dia reply.. "jom, kat mana? kol berape?".. pastu kat bawah message dia ada tulis 'Edward Cullen'.. aku rasa lah, kalau Hamid Gurkha tengok message tu, mesti dia gelak guling2 dan sound kawan aku tu.. "kalau tak pahit, bukan tongkat Ali namanya".. hahaha.. tak lawak, aku tau..

under pressure, bila dapat final draft thesis aku balik.. aku kena baca journal balik.. part ni yang paling aku benci.. kalau di suruh masuk acara fear factor makan cacing berulamkan telur burung unta, aku sanggup.. tapi boleh ke di gantikan dengan baca journal? tak mungkin..

genap hari ni, cukup lagi seminggu.. 3/4 dari gelora jiwa raga akan terbang.. haishhh.. wake up man!

aku tak boleh nak tipu diri sendiri..
it takes a month & half..

Sekian,
Ayu Raudhah

Friday, November 6, 2009

Suram pagi ku yang telah lama pergi, saat ku kenali kamu..

Hari ni kerja aku tak berapa nak banyak.. macam biasa, menghambakan diri dengan Mr Thesis.. buat sampai aku lemau.. En. Lah yang tengah bertungkus lumus study pasal subjek pemakanan yang seimbang untuk manusia lemah syahwat pon naik tepu dah otak dia.. aku agak medulla oblongata dia jam kot..

Malam kami dinner bersama, setelah sekian lama tidak ketemu.. we are totally different.. dia tiada rupa.. aku macam biasa, kacak, iras Farid Kamil.. sikit..

aku pendengar setia X-fm.. on the way balik masa nak parking kerete, lagu Maximus - Katakan Padamu ke udara.. aku tak jadi parking, pusing flat aku jap bagi lagu ni habis..

bukan apa, lagu ni jadi ringtone Dion kalau awek 'baru' dia call.. $WeEt kan? (kena tulis macam tu bagi effect).. Dion sangat addict dengan lagu ni.. hilang dah jiwa Dream Theater..

p/s: movie ni terbaik-tabik!

Sekian,
Darling Nasreen Ngasri

Thursday, November 5, 2009

Dikemaskini..

Esok aku mahu memasak lagi.. no excuses!

dan juga malam ni nak marathon layan movie..
Year One, The Shawshank Redemption, The Proposal, Wild Child..

ya, kena siapkan thesis juga malam ni..

Sekian,
Intan Ladyana

Tuesday, November 3, 2009

Muda & Berbahaya - translasi untuk Young & Dangerous..

Hari ni aku dapat discover bakat aku, bakat yang dah lama terpendam.. Chef Wan wannabe.. 1st time since aku duduk kat rumah sewa baru aku ni, aku memasak.. tak tau la sedap atau tak, tapi Shauqi siap jilat pinggan alas roti.. aku bukan nak bangga la, tapi memang itu lumrahnya..

Sekarang ekonomi tengah unstable sikit, so dengan buat benda2 macam ni dapat aku kumpul duit nak beli stuff Topman, sebab aku dapat 20% diskaun.. butik Badger baru bukak plak kat Damansara, memang kena keluarkan bank dari FAMA (bank ni ada di serata pelusuk dunia) la..

dan jangan lupa untuk menyaksikan kemaknyahan Liverpool malam ni untuk menentukan nasib si Benitez..


p/s: ni lah hasil masakkan aku pagi tadi.. ya, aku tipu.. tutup cerita..

Sekian,
Zaiton Sameon

Monday, November 2, 2009

Mudahnya untuk berkata yang mana sesuai.. lebih baik diam dari berkata-kata..

Kenapa manusia sekarang ni susah untuk paham dengan keadaan sekeliling yang sudah terang, atau pendekatan yang lebih mudah -MILIK SESEORANG.. kalau dah tau benda tu orang punya, kenapa masih terhegeh-hegeh untuk menagih?

tak paham Bahasa Melayu dah ke? atau dari kecil di didik dengan aturcara Mat Saleh? atau nak kena tutur dalam bahasa haiwan? macam emak bigfoot berbicara dengan anak2 mereka.. sudah2 lah dengan muka tak tau malu tu..

dengan berbekalkan mimik muka yang sasa tu boleh menambat hati orang? baik pergi menjaja di kaki lima lagi ada faedahnya.. lagi terpuji dan mulia dari sifat pencacai angkat najis.. doktor hati adalah penawar paling mujarab bagi insan2 yang kurang mendapat kasih sayang.. untuk apa? untuk baiki minda bangsa yang telah lama pupus dalam pendirian diri..

sedarlah wahai insan, walaupun tiada apa2 belas kasihan, ia tetap bukan harta percuma, yang boleh didapati di kedai2 24 jam.. cuba belajar untuk terima, bukan tahu menerima sahaja.. mesti ada hikmah disebalik semua kejadian makhluk..

kerana apa? Allah s.w.t itu maha adil..


p/s: kira-kiranya hembusan skunk ini boleh menghelakan khayalan..

Sekian,
Dynaz