Sunday, September 27, 2009

Perasaan tidak keruan hilang apabila menikmati sepotong kek coklat..

Raya tahun sangat meriah bagi aku.. yeah, really awesome.. mana taknya, dapat jumpa hampir semua kawan2 lama dan juga skandal2 lama.. best kan? open house jangan cerita la, sampai usus kecik aku tak boleh menampung lagi dah makanan2 Malaysia yang berpontensi untuk aku jadi boroi - ketupat, soto, nasi ayam, mee bandung, mee hailam, mee goreng, mee kari, laksa Johor, laksa Penang.. giler best!









Sekian,
Norliah Ghani

Saturday, September 19, 2009

Hari Raya Kebaya..

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan2 dan taulan, sahabat handai.. Maaf Zahir dan Batin.. raya ni jemput datang rumah.. Minal Aidil Wal Faidzin.. ikhlas dari saya dan keluarga dari Faroe Island..
Sekian,
Zaiton Sameon

Monday, September 14, 2009

Masa puasa dulu-dulu..

Masa puasa aku dulu, memang best tahap dewa macam dewa2 dalam cerita 'Journey to The West'.. yang paling best bila pakat dengan member2 buat mercun buatan.. mercun plug ar salah satunya (diperbuat dari plug motorsikal) dan meriam tanah (tanam tin cat dalam 5 pcs dalam tanah)..

Scene 1
time ni aku form berapa aku tak berapa nak ingat la, tapi yang pasti aku dah berakhil baligh sebab berupaya untuk berfikir secara waras dan dapat membezakan Nicole Kidman tu lebih cantik dari Hetty Koes Endang.. masa ni budak2 tempat aku tengah gila main mercun plug.. cara nak buat dia, payah sikit aku nak terangkan, mau raya ke-6 baru abes.. mmm, cuba korang google la.. tak pun try tengok kat putusjari.blogspot.com.. aku cakap cuba sahaja okay, ada ke tak aku tak berani nak cakap..

okay, kembali kepada topik asal.. mercun ni asalnya kena pakai belerang bunga api untuk meletupkan & effect dia confirm melambung plug tu tinggi 3 kali tiang lampu jalan.. tapi since bunga api time tu mahal (yela orang kampung, takde duit nak beli), kitaorang try inisiatif lain, pakai mancis plak (pakai belerang depan batang mancis).. hasilnya boleh tahanla, tapi effect dia takdela macam effect bunga api sebab belerang dia tak berapa kuat, tapi cukup untuk buat mercun plug ni meletup..

nak dijadikan cerita, adalah 1 malam ni, aku main mercun plug ni dengan abang & member aku sorang.. time tu kitaorang pakai belerang bunga api (aku lupa mana bunga api tu datang).. so, macam biasa, isi belerang dalam plug tu, adjust2 sikit kedudukan plug & baling.. "pommm" (lebih kurang macam tu la bunyi effect dia).. wooooohhh, semua orang teruja! member & abang aku pon try plug diorang & effect dia pon gempak.. pastu turn aku plak try, "pommm".. melambung tinggi plug aku time tu memang tak hengat.. aku pon tengoklah mana pergi sebab mercun aku tadi tiba2 tak turun2.. aku bajet mercun aku tersangkut kat tiang lampu ke, atau kat pokok krismas makcik sebelah rumah aku.. tiba2 jek, "tuppp" (bunyi bila benda keras jatuh atas ubun2 kepala).. aku rasa ada benda yang keras, tumpul dicampur dengan belerang bunga api jatuh kat kepala aku.. time tu aku rasa nikmat macam makan kuih Almond London .. at the same time aku rasa kepala aku panas, darah mengalir rupanya.. fuhhh, best giler ar time tu.. lama tak rasa sakit macam ni..


Scene 2
Masa ni plak sesi bermain meriam tanah.. kerja aku tukang isi kabaid, isi air & tutup muncung meriam dengan kain.. tukang cucuh api cousin aku..

Adalah sekali tu, lepas aku dah isi kabaid semua, aku duduk kat depan muncung meriam sebab nak tutup dengan kain.. time tu plak cousin aku lupa nak pasang api kat hujung buluh untuk nak cucuh kat lubang meriam.. so, aku kena la duduk kat depan muncung meriam sebab nak jaga kain tu.. tiba2 plak ada member aku sorang ni on lighter betul kat tepi meriam tu.. time tu gak asap kabaid tiba2 kena kat api lighter member aku tadi, "vubbbbbb".. api meriam tu sambar betul2 depan muka aku.. feel kali kedua aku rasa lepas kena mercun plug hari tu.. aku rasa muka aku tiba2 pedih.. kening, bulu mata & rambut kat bahagian depan aku rasa macam nipis jek..

Lepas dari kedua2 scene tu, aku still main lagi dengan mercun plug & meriam tanah, tapi lebih sifat berhati2.. yela, time dulu2 mana ada facebook, YM, PSP.. semua benda kena DIY..

Sekian,
Almy Nadia

Wednesday, September 9, 2009

Dirty jokes sometimes entertain me.

Sekarang aku tengah melalui proses-proses pemulihan akibat dibahan teruk semalam oleh orang2 JBS Selangor (tak semua) yang diketuai oleh Cik Sue.. takpe Cik Sue, siap hang nanti.. mintak2 la flight dia ke Penang nanti ditangguhkan sampai Raya Cina tahun depan.. hahaha..

Sekarang juga aku sedang melalui hari2 terakhir praktikal kat JBS Selangor ni.. hari2 yang tak dapat aku lupakan sampai bila2.. hari2 yang aku datang, buka Facebook, tidur bawah meja, update blog, dan macam2 lagi la.. tapi aku dapat gak ilmu kat sini, bukan keluar dari sini dengan tangan kosong jek..

Tanx kat semua staff2 JBS ni, semua sempoi!

Sekian,
Zee Avi

Friday, August 28, 2009

Yusuf Taiyoob..

pagi tadi aku bagun sahur pukul 5.06 am (mengikut jam handphone aku)..

5.06 am: jam handphone aku berbunyi.. aku kejut Lah (roomate aku).. aku cakap ngan dia, jom sahur kat Medan (tempat makan kt seksyen 7).. takde respon.. Lah cakap, "kita sahur kurma dengan air jela?".. aku boleh jek, sebab mata memang rabak gila, tak boleh nak buka.. aku makan kurma 2 biji dan 3 teguk air mineral.. kurma tu aku dapat free masa bacaan yasin kat ofis.. brand apa aku tak sure, tapi bungkusan kotak dia sebiji macam kurma Yusuf Taiyoob..

5.24 am: aku rasa mengantok.. aku decide untuk tidur jap, 5.38 am aku nak bangun minum air lagi sebab waktu imsak pukul 5.42 am..

5.54 am: aku tersedar, azan subuh berkumandang.. tiba2 mulut aku rasa manis, hasil tinggalan kurma tadi.. haishh..
batal ke puasa aku?

Sekian,
Vanidah Imran

Wednesday, August 26, 2009

Sungkey..

entri kali ni kita belajar bahasa melayu Sarawak..

sungkey = berbuka..

semalam aku pergi pasar ramadhan kat depan UNISEL dengan Khai..
menu aku semalam: ayam percik (sedap, tahap agak mahal), roti john (pon sedap gak, harga berpatutan) dan air keladi (tak sedap langsung, rasa gula jek lebih)..

pelik aku, time krisis gula ni pon penjual air ni boleh jual air dengan manisan yang lebih.. aku rasa penjual air ni kot antara orang2 yang bertindak menyorokkan gula pasir seluruh Malaysia?

ini hanya pendapat dan andaian aku sahaja.. bukan niat untuk menuduh sesiapa di bulan puasa ni..

Sekian,
Rita Rudaini

Friday, August 21, 2009

Tak kira tua atau muda..

Hari ini merupakan hari paling rugi bagi aku.. mana taknya, terlepas aku nak makan nasi lemak free kat office.. ni semua pasal nak collect data pagi tadi.. haish, aku tengok dia punye ikan bilis + kacang je dah 1 mangkuk besar.. puas untuk aku tak makan sampai malam.. haishh..

Takpe, hari ni aku balik Muar dan juga akan bersahur dan berbuka di sana.. semua adik-beradik aku balik.. yeah! mee kari akan menjadi menu untuk aku berbuka pada keesokan hari..

p/s: kepada kaum muslimin dan muslimat, ini kamera terbaru aku..

Sekian,
Fauziah Ahmad Daud