Sunday, April 18, 2010

Tunnel memory..

Lama dah tak mengadap blog ni.. lupa & hilang ingatan yang aku ada blog.. entri kali ni adalah gabungan (macam lagu Adam & Stacy, bergabung, meletop! Ah ah ah) bulan Mac + April.. dan ni lah hasilnya.. tengok gambar di bawah.. abaikan warna kulit.. ya, aku gelap, aku taw.. tapi hari tu aku jumpa Shemale, sebijik muka macam Scha Al-Yahya.. siap ada boobs lagi tu.. giler! rasa macam nak ngurat jek.. eh, ni kenapa masuk cerita pondan plak ni..

Okay, masuk cerita entri bulan Mac + April.. tengok jela gambar kat bawah ni.. part yang paling best, masa mandi.. fuhhh, syahdu.. macam makan ayam goreng siap ada bulu2 ayam sikit.. tak tergambar melalui kata2.. seminggu lebih plak tu.. tapak tangan aku jadi lembut sikit jek dari berus sabut..
Esok tengahari nak balik kampung la.. serabut kepala hotak.. macam2 dugaan jadi ni.. mungkin berjumpa dengan pengarang jantung buahtangankakisiku si Nur Safi Adilah dengan Nur Safi Alesya boleh mengurangkan bebanan kot.. di tambah dengan mee kari Hajah Hamidah dengan kejutan Subuh oleh Haji Hamdan (VVIP package)..

Sekian,
Halimah jongang

Tuesday, February 23, 2010

Lima puluh em em..








kerja makin lama makin stress.. haishh..

kerja jaga tandas stress tak?

Sekian,
Raja Farah

Saturday, February 13, 2010

Cantik sikit..





Hasil kapsi semasa bersama-sama..

Kepada umat Islam seluruhnya, sila jauhkan diri anda dari perkara2 maksiat.. haram sambut 'Valentine Day' wooo..

Baik kita makan cendol lagi ada baiknya..

Sekian,
Farah Alya

Monday, January 25, 2010

Semangat luntur dengan sikap segelintir umat..

Tak tahulah aku nak menggambarkan sikap segelintir manusia ni.. masa senang semuanya indah depan mata, segala2nya kawan.. tapi bila kawan susah, takde sapa datang menolong.. tiba2 lupa kawan..

aku dapat message, "nanti tolong la kawan2 k" (maksud dia berbunyi macam tula).. sebab apa, sebab kawan dia ni dah senang sikit.. sebelum2 ni aku message tak nak reply, (okay aku terima kalau takde kredit).. tapi bila nak sesuatu tiba2 kredit boleh muncul dari langit? pelik bukan..

lepas tu kawan2 selalunya nak kita faham dia, ya sebab dia 100% betul.. bila kita tak layan dia atau tak mengikut kemahuan dia, dia tarik muka, merajuk, buat fitnah sana sini..

orang2 macam ni lah buat semangat aku luntur.. aku tak memerlukan kawan yang 'segelintir ni.. aku lebih lebih berhati2 lepas ni..

Sekian,
Didi Alias

Saturday, January 16, 2010

Hujan Bunga di Kuala Lumpur..

Nampaknya bakat aku dalam bidang masakkan memang tak dapat di sangkal lagi.. mana taknya, setiap kali aku masak, mesti licin kuali & periuk.. kalau aku buat cucur (orang Johor panggil jemput2) jangan cerita la, kalau boleh hari2 budak2 rumah aku suruh buat.. apa, diorang aku muka aku muka cucur ke hah? ada iras2 tepung gandum ke? takde kan..

Aku tak boleh dengar la dengan perempuan yang tak pandai masak ni.. bajet diri tu sangat kewl (cool tak tulis macam ni?) ke kalau tak pandai masak, siap bagi alasan, "bukan aku tak nak belajar, tapi semua dah ada depan mata, parents aku da siapkan semuanya".. c'mon la beb, alasan tu sangat tak masuk akal.. nanti aku cili mulut korang macam Mak Biah cili mulut Senah dalam cerita cinta Balqis, nak?.. eh eh, kantoi plak aku tengok cinta Balqis.. bukan apa, patutnya tiap2 petang aku main futsal, tapi haritu hujan, rumah aku time2 macam ni plak tv3 jek yang dapat..

Almost 3 weeks aku duduk kat Shah Alam, lepak2 sambil menghayati hidup sebagai penganggur.. hati belum bersedia untuk bekerja.. tunggu Mak Datin ajak keluar date, nak rasa gak macam mana jadi anak ikan.. hahaha.. takdela, jauhkanlah dari benda2 macam tu..

Sekarang menghirup udara segar bugar di kampung halaman.. dalam otak fikir nak buat bisnes ni.. hopefully bisnes ni dapat sambutan.. AMIN..

Sekian,
Cinta Balqis

Tuesday, December 29, 2009

Ceritera baru dan juga baru dan lagi baru..

Semua orang bercerita pasal azam tahun baru.. tapi kenapa tak buat masa awal muharam haritu? aku patutnya memang nak post masa awal muharam haritu, tapi lupa klik publish post.. sumpah, aku tipu..

ni 1st time dalam hidup aku, aku men'list'kan azam tahun baru sebab sebelum ni kalau ada pon, macam tak wujud sebab tak pernah untuk dilaksanakan.. korang pon sama kan, jangan tak mengaku plak..

Ini merupakan secara kasar sahaja azam tahun baru..

1. Nak jadi orang yang berguna pada mak & abah.

2. Nak cari kerja yang halal.

3. Tak mau untuk melengah-lengahkan waktu solat.

4. Nak cari duit banyak2 (boleh kahwin cepat.. yeah!).

Aku rasa ni jela dulu azam tahun baru aku dan seterusnya.. 4 pon cukuplah, kalau banyak sangat pon bukannya buat betul2, kan? yang di atas ni merupakan target aku untuk masa hadapan..

Anda pula bagaimana?

Sekian,
Sharifah Aleya

Saturday, December 19, 2009

Mereka bahagia setiap masa..

Salam 1 Malaysia kawan2..

Semalam aku baru balik dari JB, pergi kenduri kahwin kawa lama semasa belajar di UiTM Samarahan, Sarawak.. Tahniah kepada Fitri & Surya Hani.. tidak lupa juga kepada pasangan Mahdi & Syida, classmate aku masa kat UiTM Shah Alam, selamat diijabkabul pada bulan 10 haritu.. Semoga dipanjangkan umur, dipermudahkan rezeki, cepat dapat anak & kekal hingga akhir hayat..

terima kasih daun keladi kat Luth sebab bagi tinggal semalaman kat rumah dia.. 1st time tidur rumah anak pengetua..

tadi pergi kenduri kahwin anak angkat parents aku kat Melaka.. tengah makan, tiba2 ada sorang atuk ni, pertengahan 60 an, boleh buka cerita pasal pemanasan global.. pelik? sambung plak kawan dia lagi sorang, dia cakap, " bini Tiger Woods ada beli rumah (somewhere kat Jerman kot) dan rumah tu dalam kawasan hutan.. bini TW tak tebas pon hutan2 tu & semak2 yang ada sebab untuk mengurangkan pemanasan global ni"..

patutlah line streamyx kat area rumah aku ni tak berapa bagus.. golongan2 atuk kita sekarang ni dah pandai surf internet, google la aku rasa.. *sigh*..

Sekian,
Ummi Nazeera